SEO atau Search Engine Optimization adalah antara perkara yang paling popular dibincangkan antara blogger. Kenapa ianya penting? Pada pendapat saya SEO sangat penting untuk menaikkan website saya didalam SERP (Search Engine Rank Page). Peluang untuk mendapat organic traffic lebih tinggi jika kita berada di page pertama GOOGLE. Contohnya, saya sendiri (semasa belum menceburi bidang perniagaan online) akan memilih website yang berada di tempat teratas untuk 'keyword' yang saya cari. Kerana bagi saya ketika itu, website yang berada di atas sekali adalah website yang popular dan dipercayai ramai. Saya tidak akan melihat page 20 di google untuk mencari sesuatu. Mengikut kajian 80% daripada user yang menggunakan Google sebagai enjin pencarian akan memilih website yang berada di tangga yang "pertama". Bayangkan betapa banyaknya website lain yang kehilangan traffic hanya disebabkan mereka tidak berada di tangga yang pertama di dalam SERP.

Setelah melakukan beberapa research berkenan SEO saya teringin untuk mencuba CORNER STONE page. Idea asas mengenai page ini adalah membina satu content di dalam website anda yang betul-betul unik. Kandungan post tersebut jangan terlalu pendek dan ringkas, tetapi cuba tulis sebaik mungkin mengenai website anda. Konsep yang anda perlu lakukan ialah memperkenalkan website anda kepada google. Jika google kenal dengan kandungan yang anda bawa, ia akan menaikkan ranking page tersebut untuk kegunaan user-user mereka. Perkara yang paling penting disini ialah "increase the page rank". Fokus keyword yang ingin anda ranking, sebagai contoh saya cuba untuk menaikkan ranking keyword "kad kahwin". Elakkan menfokus keyword yang sama berulang-ulang kali di page yang berlainan. Ia tidak akan membantu anda untuk menaikkan ranking anda di dalam SERP. Antara kata-kata azimat yang saya ingat adalah:
"You are not going to create other page within your site that target the same keyword!!"
Jika anda menggunakan platform wordpress untuk blog anda, pasti anda akan perasaan bahawa menggunakan keyword yang sama berulang-ulang kali bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Sebaliknya anda memerlukan 1 page yang menjadi titik tengah untuk website anda. Page tersebut hendaklah paling bagus dari semua sudut.

Setiap batu-batu di bawah bergantung kepada satu sama lain. Semakin kuat blok kandungan asas, semakin kuatlah bahagian atas. Blog post itu adalah corner stone anda. Saya juga masih dalam ujikaji lagi, saya mengubah kedudukan keyword utama saya dan website Kad Kahwin saya sekarang berada di ranking yang ke 100. Mari kita lihat selepas teknik ini diaplikasikan adakah saya mampu menaikkan semula ranking keyword saya di page pertama kembali.
Selamat mencuba :)
0 comments