Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger sekalian..
Pertama sekali saya nk mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia yang diberikan kepada hambanya ini.. Alhamdulliah setelah berpenat lelah kad kahwin online akhirnya sudah bertukar wajah. Website baru kami kini lebih detail dan menggunakan wordpress sebagai platform website. Mungkin website kami tak sehebat website yang mempunyai pakar-pakar coding atau programmer tapi cukup lah untuk tatapan pelanggan-pelanggan kami. Saya berjanji jika bisnes saya boleh pegi lagi jauh saya juga akan cuba menyediakan lebih banyak kemudahan kepada anda semua.
Sebenarnya hari ini genaplah 3 tahun saya menceburi bidang bisnes kad kahwin ni.. Saya ingat lagi suatu ketika dulu saya hanya bermula dari rumah, part time sahaja waktu tu, semuanya saya buat sorang-sorang tanpa sokongan staf. Tetapi saya cekal kan hati untuk teruskan bisnes ni.. Siapa yang berusaha pasti berjaya, ayat itu lah yang menjadi pegangan saya sehingga sekarang, dan hari tanpa disedari sy da 3 tahun jalankan bisnes ini. Segala pahit getir penat lelah yang saya lalui sangat la berharga untuk menjadikan saya insan yang lebih berguna dan cemerlang untuk masa akan datang. Alhamdulillah sekarang kad kahwin online sudah mempunyai pejabat sendiri yang beralamat di Desa Tun Razak dan mempunyai staf sokongan seramai 13 orang. Anda boleh lihat disini untuk lokasi kami.
Haha rasanya da terlalu banyak saya berceloteh, nnt tak cukup satu page plak kalau saya da mula bercerita mengenai pengalaman saya memulakan bisnes kad kahwin ni. Cukup la dulu sampai sini hari ini. Sebenarnya saya cuma nak lancarkan kad kahwin online je..tapi da terseronok mengarut pula hehe..
p/s: website kami ada promosi 8 Free gift untuk bulan ini..jgn lepaskan peluang hebat ni..rebut la sekarang haha.
Kad Kahwin Online
0 comments